Friday, September 2, 2011

Erti Ramadhan Dan Syawal..

Lama sungguh dh tak menulis. Puncanya busy ngn keje bru..Berlalu sudah bulan Ramadhan,bulan yg membawa seribu rahmat dan pengertian buat aku.Aku kembali mengisi kekosongan jiwa ngn ibadah yg agak lama aku tglkan....Ya Allah-ampunkan lah hamba mu yg terleka dan lalai ini..harapanku moga ibadah ini akan berterusan selama-lamanya dan doaku jua moga insan2 tersayang turut sama kembali ke jalan yg diredhai..

Syawal menjelma lagi dengan membawa seribu cahaya..alhamdullilah,semua berjln lancar wlpn keadaan aku tak begitu baik pada mulanya kerana..rezeki itu dr Allah dn segala yg baik2 jua dr-Nya..Namun aku tetap bayar zakat sendiri means..aku masih sendiri lg.hari2 ku panjatkan doa agar semua kekusutan akan terlerai jua dan moga impian jd kenyataan..sabar separuh dr iman..ye betul namun,sabar jua ada batasnya dn aku tak pasti sampai bile aku dpt bersabar.. Insyallah,doa yg baik2 sja :)
Raya tahun ni bertambah seorg ahli keluarga..harap besar nt jd anak yg soleh.. Amin..Syawal akan tambah bererti bila kita semua dpt saling maaf-memaafi dan faham-memahami..keluargaku makin erat dan makin bahagia berkat ramadhan dan syawal tahun ini.
Semoga masalah yang lepas ditinggalkan tanpa menoleh lg dn akan dtg segala rintangan dihadapi bersama..Cincang air takkan putus..seburuk-buruk manapun adik-beradik kite,tetap akan ada disisi tak kire apa yg berlaku..

Saturday, June 25, 2011

Mimpi itu indah namun,tetap jua perlu bangun mengadap realiti akhirnya,

Ya Allah dh subuh..masih tgu lagi kat sofa ni.Kenapa fon tak berbunyi? Keluar balkoni amik angin subuh dan renung awan yg masih gelita.Terasa fresh sgt wlpn tak tido satu mlm.
Fon tak bunyi ye takpe,aku amik fon aku dan dail no biasa yg aku dial tiap2 ari.Rupanya tak sampai lagi, dr pagi tgu sampai ptg,dr ptg sampai mlm,dr mlm sampai pagi balik.Takpe la,sesekali ye awak buat camtu tp,bukan sesekali awak bohong saya dan bukan sesekali gak awk tak jaga ati saya.
Menung jap atas kerusi kat balkoni,masa mula2 aku buat keputusan ni dulu,aku tahu pasti bukan mudah untuk jalan kita berdua tp,aku gagahkan jugak.Dah bertahun aku setia dan patuh pada semua kehendak awak.Tak pernah sekali pun aku selindung apa2 atau bohong apa2 pun pada awak wlpn aku tahu awak byk selindung dr aku.
Susah senang byk yg kita harungi bersama,aku sedar awak mmg baik dan selalu ambik berat pasal aku tapi aku tahu jugak yg awak anak yg baik pada 2 org tua awak.Mungkin berat bagi awak untuk berterus terang tentang keadaan sebenar tapi,makin lama awak biarkan aku berteka-teki dan menanti,makin tawar rasa hati aku ni.
Angin subuh ni sejuk lar tp,aku duduk gak lagi kat situ pasal byk sgt kenangan yg dtg tiba2.Tadi masa ckp fon aku marah,aku bukan marah tp,aku hanya rasa tak sedap hati dan rasa tak selamat sebab dulu kita pernah mainkan hati dan perasaan org yg syg kita.Kita pernah tipu diorg dan berpura-pura..aku takut awak buat mcm tu gak kat aku.Bukan sebab tak percaya tp,apa jaminan yg aku ada utk pastikan awak tetap ada ngn aku sampai bila2..sebentuk cincin pun tak pernah ada kat jari aku.Sedihnya....
Selalu aku rasakan saat indah kita ni mcm mimpi je pasal...aku rasa mcm aku perlu bgn untuk mengadap realiti wlpn pahit dan perit.Kita manusia biasa yg tak akan bisa hidup dlm alam mimpi sampai bila2 sebab mimpi tak kekal.
Aku tak pernah mintak semua yg indah ini akan berakhir namun,kalau ini takdir dan terbaik utk kita berdua mungkin, tetap jua perlu bangun mengadap realiti sebab aku manusia biasa yg mungkin mengalah pada masa.
Maaf,andai tulisan ini menguris hati awak..aku tak berniat cuma,aku perlu utk meluahkan rasa yg terpendam sekian lama.
Andai benar masih ada harapan,tunjukkan dan katakan lah sesuatu pada aku sebelum terlambat...

Thursday, April 7, 2011

Telur pun Palsu,kena ambil perhatian agar tak termakan..

AWAS TELUR TIRUAN

SM Mohamed Idris
   
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.
Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.
Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.
Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.
 
Cara mengenal telur tiruan:
  1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan  makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.
SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.













Ambil post ni dari blog : Haku Punyer Suke (thanks)

Friday, April 1, 2011

All Cried Out..........over you......... u make me so confius....lalala


( Destiny's child feat' 112)

All alone on a Sunday morning
Outside I see the rain is falling
Inside I'm slowly dying
But the rain will hide my crying

And you, don't you know my tears will burn the pillow
Set this place on fire 'cause I'm tired of your lies
All I needed was a simple "Hello"
But the traffic was so noisy that you could not hear my cry

Ah, I gave you my love in vain
My body never knew such pleasure
My heart never knew such pain
And you, you leave me so confused
Now I'm all cried out over you

Oh, you. Im over you, oooh.
Never wanted to see things you way
I had to go astray, oh, why was I such a fool?
Now I see that the grass is greener [why oh why]
Is it too late for me to find my way home,
How could I be so wrong? [Leavin' me all alone]
 
 Don't you know my tears will cause an inferno
Romance up in flames, why should I take the blame
You were the one who left me neglected [I'm so sorry]
Apology not accepted, add me to the broken hearts you collected

Ah, I gave you all of me [gave me all of you]
How was I to know you would weaken so easily
Ah, I don't know what to do
I'm all cried out [I'm all] over you [I'm cried out too]

[Whoa, whoa...]

Ah, I gave you my love in vain
My body never knew such pleasure
My heart never knew such pain
And you [I left you so confused, now I'm all cried out]
Now I'm all cried out....over you....
 
 I'm so sorry babe,
Please forgive me..

just my past time fav. song...enjoy........ :)

4 P.M. - Sukiyaki

Thursday, March 24, 2011

Unpredictable Life....

Just having fun as appointed at new working place....namun,apakan daya..just like i said "life is unpredictable".Cukup seminggu je keje,sekali lg aku diuji,seminggu berulang-alik ke Hospital Selayang kenapa?? sebab,having trouble with my eye center vision..pandangan mata aku gelap macam ada benda blok kat tengah2 mata..
Gi jumpa specialist mata kt HS tu..diorg diagnose aku mcm2,siap amik darah sampai 6 tube and buat test mata ngn masukkn sesuatu pada darah aku..benda liquid colour kuning and buat aku rasa nk pitam and loya.Namun,sampai skng ni tak jumpe lagi cause of the disease..nape ek?? baru je tanam azam sure ada benda yg jd.....tp,ini semua takdir tuhan dan aku tahu sure sentiasa ada rahmat disebaliknya...Mgu depan kena gi lagi coz ada blood test yg tak kuar result lg....Ya Allah..harap takde yg serius..
Itu cite life aku yg tak dijangkakan..ada lg yg tak dijangka....
Result SPM dh kuar..unpredictable result gak...wahaha...adik aku yg tak gi sekolah and hanya study seminggu before exam leh dpt result yg sama ngn org belajar 2 tahun...siap ada kredit lg...gud boy...Alhamdullilah .Harap dpt sambung belajar lg pasni and jgn byk main....
That's what they used to say..Life is always "Unpredictable"...namun jgn sesekali rasa teraniaya bile mana kita didtgkan musibah kerana,apa jua yg berlaku itu pasti yg terbaik buat kite and pasti ada hikmahnya..

Thursday, March 3, 2011

Kenalan..Kawan..Sahabat ??






Dlm aku menung sor2 sementara nk tido mcm2 kenangan terimbau di fikiran.Bila sorg2 mmg terasa sunyi sgt...

So,aku pn teringat nk ctc kwn2 ajak keluar jln2..tp,penat aku renung2 kn phonebook dlm phone aku..sape agaknye leh teman jln2 ni...emmmmm
Satu persatu nama aku tgk n aku tgk lg...alamak,aku sebenarnya hanya ramai kenalan lar..kwn ada la sikit tp sahabat..??? ada tak ek???

Kenalan : org2 yg kita kenal secara langsung or tak langsung kat luar sana..kdg2 kita dok minum sorg2 kt mane2 kedai mamak ada org dtg tegur dn ajak borak..so kita kenal la dan jd kenalan kite..kdg2 kita gi mintak keje,sementara tgu nk interview tu borak ngn org2 yg sama2 tgu..itu pun kenalan la kan...n mcm2 cara lg la nk dpt kenalan ni...pastu tukar2 no phone n konon2nye akan ctc la nt kalo ada time..tp,jarang sekali kita ctc diorg balikkan..emmmm
Kawan : dari seorg kenalan kita akan dpt kwn2...ajak kenalan kita tu keluar minum2,borak2 n jln2..pastu leh la jd kawan..ramai kawan aku ni..ye lah..dr zaman sekolah,kt University,kt tmpt keje lama dan baru..dan seterusnya kwan kepada kwn2 aku pn jd kawan gak,kawan ni selalunya akan ada time kite senang-lenang dan bergembira...sebab,kalau takat kawan ni..takkan kita nk semakkan diorg ngn masalah kitakan..buat malu je nt..pasal kwn2 ni ada mcm2 fesyen...contohnya :
i) kwn yg caring dan understanding
ii) kwn yg makan kawan..
iii) kwn yg ckp tak serupa bikin..
iv) kwn yg penipu dan pembelit..
v) kwn yg amik kesempatan... sgt byk la jenis kwn2 ni..
so....kena pandai pilih kawan supaya tak susah nt... :)
Sahabat : Sepanjang 32 tahun aku hidup..aku hanya pernah ada 2 org sahabat shj...nak tau kenapa aku ckp camtu..?? pasal..sahabat aku tu takde fesyen yg mcm2 seperti diatas..sahabat aku tu satu fesyen je..iaitu..org yg akan sentiasa ada ngn aku time susah dan senang..org yg akan selalu jd pendengar yg setia time aku susah ati..org yg tak menipu aku wlpn kebenaran yg pahit pun sure honestly bagitau..dan org yang akan sgt2 faham aku luar dn dalam...aku amat rindu pada sahabatku........dan mungkin dia sendiri tak sedar aku rindu dia..
Dia dh ada family sendiri..aku tak mau kacau dia...sebab aku nk jd sahabat yg baik jugak utk dia..doaku sentiasa bersama dia dan keluarganya..

Ramai kawan2 aku merungut pasal kawan baik diorg yg jd gunting dlm lipatan la..back stabber la...so,nasihat aku..kalau selagi dia tak mampu jd sahabat korg..jgn sesekali korg letakkan sepenuh hati pada org2 ni...cr la org yg mampu jd sahabat korg baru korg cerita dan kongsi semua kisah hidup korg dgn "dia" pasal..selagi dia hanya "kawan"...apa2 pun mungkin berlaku...
Kalau aku nk cerita pasal kejadian2 pahit ngn kwn2..byk sgt sampai tak cukup tangan lak aku nk meniap nt ni..so..pe yg aku leh ckp....kwn2 hanya akan jd kwn2 shj..tak mungkin lebih dr itu..yg nk upgrade jd sahabat tu bukan mudah..apa lg kekonon jd adik-beradik...tak mungkin lah :P