Thursday, April 7, 2011

Telur pun Palsu,kena ambil perhatian agar tak termakan..

AWAS TELUR TIRUAN

SM Mohamed Idris
   
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.
Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.
Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.
Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.
 
Cara mengenal telur tiruan:
  1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan  makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.
SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.













Ambil post ni dari blog : Haku Punyer Suke (thanks)

Friday, April 1, 2011

All Cried Out..........over you......... u make me so confius....lalala


( Destiny's child feat' 112)

All alone on a Sunday morning
Outside I see the rain is falling
Inside I'm slowly dying
But the rain will hide my crying

And you, don't you know my tears will burn the pillow
Set this place on fire 'cause I'm tired of your lies
All I needed was a simple "Hello"
But the traffic was so noisy that you could not hear my cry

Ah, I gave you my love in vain
My body never knew such pleasure
My heart never knew such pain
And you, you leave me so confused
Now I'm all cried out over you

Oh, you. Im over you, oooh.
Never wanted to see things you way
I had to go astray, oh, why was I such a fool?
Now I see that the grass is greener [why oh why]
Is it too late for me to find my way home,
How could I be so wrong? [Leavin' me all alone]
 
 Don't you know my tears will cause an inferno
Romance up in flames, why should I take the blame
You were the one who left me neglected [I'm so sorry]
Apology not accepted, add me to the broken hearts you collected

Ah, I gave you all of me [gave me all of you]
How was I to know you would weaken so easily
Ah, I don't know what to do
I'm all cried out [I'm all] over you [I'm cried out too]

[Whoa, whoa...]

Ah, I gave you my love in vain
My body never knew such pleasure
My heart never knew such pain
And you [I left you so confused, now I'm all cried out]
Now I'm all cried out....over you....
 
 I'm so sorry babe,
Please forgive me..

just my past time fav. song...enjoy........ :)

4 P.M. - Sukiyaki