Tuesday, February 15, 2011

Penantian..Ungkapan..



Duduk berteleku di bibir kerusi empuk..
Menanti berita gembira yang saban hari diimpi..
menanti lagi dan lagi wlpn masa makin suntuk..
Tersenyum,ketawa ,sedih dan berduka tiada beza kerana..
Impian setinggi gunung yang dikejar kadangkala makin samar..

Jangan terbang terlalu tinggi kerana,andainya terjatuh pastikan parah..
Namun sekelian lama ku berlari mengejar pelangi..
Yang hadir hanyalah gerhana..
Terluka parah kaki yang tak beralas..
Berdarah menanah hati yang tak diendah..

Janji dan madah terhias di bibir kekasih..
Menyajikan segala yang indah dan enak di dengar..
Makin hari makin dimamah usia yang menjadikan..
Aku makin gagah dan bersedia pada apa jua takdir yang akan mendtg..
Namun,fahamilah..
Bukan kuharapkan madah2 indah,emas kemilau,banglo 3 tingkat tapi..
Hanya cukup dengan hidupku sempurna dengan adanya "Kamu"..

Tegakkanlah kepala mu..
Tataplah mataku dan..nyatakan lah segala kebenarannya..
Kerana aku..aku yakin dengan diriku takkan jatuh parah berdarah kerana..
Aku masih ada Yg-Esa untuk tempat mengadu...

Aleen Johary--16/2/11

No comments:

Post a Comment